My Babies 1st Year Celebration

Tuesday, March 20, 2012

Terima Kasih Suami =)))



Terima Kasih Suami kerana tolong dunlot kan....
Lagi sekali i love you always
 
Tak sabar nak tgk
 
Last season of DESPERATE HOUSEWIVES
 


Friday, March 9, 2012

5 Bulan sudah =)))))))))))))




Semoga anak-anak Mama & Ayah menjadi anak yang soleh, mendengar kata dan yang penting
membesar dgn sihat bagai JOHAN
 
Amin...


Wednesday, March 7, 2012

MY First Solid Food


Alhamdullilah, my twin dh 5 bulan. Lagi sebulan diaorang dah boleh makan makanan pejal. Now, yang makin pening adalah mama dia la siapa lagi. Tgh tak bz ni, aku rajin-rajinkan la buat research pasal solid food and how to keep it as frozen food. Bukan tak nak buat fresh tapi since im a working mother, terpaksa la jugak buat frozen. Menjimatkan masa kan. Hubby pulak maybe akan selalu outstation, so tenaga kerja nak tolong uruskan anak-anak pagi-pagi sebelum hantar ke babysitter akan jadi tanggungjawab aku sepenuhnya. I cant denied yang my husband sgt cekap dalam menguruskan anak-anak dia. Dari sterilize bottle, masakkan air, basuh baju semua hubby yang buat. Kadang-kadang bila hubby is away, jadi kekok nak buat semua tu sbb selama hubby ada mmg dia yang buat and tiba-tiba je "Eh bang, bottle dh sterilize?'' and hubby said "DAH!!''.Heee..TQ Sayang...mmg cekap tau.



Alor lor lor...comeinya baby demuk kat atas ni. Heee cant wait for my babies turn pulak. Actually byk info yang aku dapat especially from my colleague and internet pasal solid food ni. Best tau bila berkumpul ramai-ramai and share hal anak. Aku pulak terlebey rajin nak search pasal solid food hari ni since my boss out of office. Hahahha...waktu lunch jek wat hal. Opsss...ngeh ngeh ngeh. Ok back to the topic. So banyak la link yang aku jumpa. Berguna sgt-sgt semua info tu untuk first time mother mcm aku. For mommies out there especially for first time mother lets share this link yeah



Owh, sebelum tu nak jugak share link macam mana nak prepare makanan utk anak kita dgn cara yang bersih dan selamat =) penting tau sbb baby ni cepat terdedah dgn bakteria

Happy preparing mommies

Nak share jugak my latest twin piccas. Heee....

Gambar tgn blur sbb time nak snap ni tgn diorg mengepak ngepak. Susah betul la sbb makin aktif anak-anak aku ni. Bagus!! Cepat skit mama kurus hahaha
 

Ayah yang tak jemu-jemu melayan perangai anak. Tapi kdg-kdg tu tension jugak bila time meragam. So do i. 


But dear husband, 
''Congrats for both of us because we managed raising our sons ALONE and give them the best as best as our parents did. Liked people out there said that its not easy having twin but WE DID IT!!!!
TQ for being a good husband and Ayah to Aqeel and Aqeem.
Love you always
*touching (T_T)


Wednesday, February 29, 2012

Tanggal 9.10.11

Salam all
Dah berzaman kot tak update blog. Bila ada masa update tak ada idea pulak. Now, rasa mcm dah ready kot nak update blog dgn entry paling aku nak share dgn korang semua *kalau ada yang nak bc blog aku la*

Hari beranak ku- eh mcm tak sedap pulak tajuk entry ni. Ok, ok make it simple 'Tanggal 9.10.11. Tarikh keramat yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Cantik tak tarikh nI?. Hahaha..actually one of my colleague pun wife dia preggy (kembar jugak) and dia decide nak pilih tarikh ni since wife dia tak nak tgu lagi and nak bersalin by c-sect. Tapi aku pulak yang dpt. Aku tak bajet pun nak bersalin awal. Tanda-tanda mmg tak ada sgt pun. Tapi masa 7 bulan, aku ada turun darah, tapi sikit sgt. Doc just suruh prepare je apa-apa yang patut takut bersalin pre-mature. Tgu punya tgu, tak kunjung tiba. Sampaikan hubby terpaksa tolak nak pergi offshore sbb nak tgu aku bersalin. Hai, anak mama taknak keluar ke tgk dunia fana ni?

Aku time tu dah tak larat sgt nak bwk perut. Masa tu dh nak masuk 37minggu. MC pun dh tak ada, so aku decide nak apply leave and rehat je kat rumah. Selagi aku duduk dekat office selagi tu la kerja menimbun. Stess hokay! Jumaat 7hb tu aku apply seminggu cuti and if tak beranak lagi aku kena la apply lagi cuti. Punya la gembira dpt cuti and berehat dekat rumah. Mmg dalam kepala nak tidur je la time cuti.

Esoknya, family in laws buat makan-makan sempena birthday father in law aku. So hubby ajak la aku pergi cari hadiah dekat Jusco. Aku pun ok la. Lepas dah siap semua tu, aku pun cakap la kat hubby, ''Bang, rasa mcm ada keluar air la, tapi sikit-sikit and kerap". Actually aku dah tgk dh apa dia yang keluar tu, bukan mcm air ketuban yang jernih. Lgpun dalam internet cakap air ketuban keluar byk and warna jernih. So aku buat bangang je la. Selama ni mmg aku ada masalah keputihan, aku igt itu keputihan yang mcm biasa la kan. Hubby suruh call mak and tanya pendapat mcm mana. Mak aku suruh pergi hospital and cek sbb time dah hujung pregnancy ni mcm-mcm boleh jdkan. Aku pun ok tapi yang kelakarnya aku just bwk kad hospital, baju anak and aku langsung tak teringat nak bawak masuk kereta. Bajet tak kan bersalin lagi la sbb mmg langsung tak rasa sakit and tanda-tanda nak beranak pun tak ada. hummmmmmm

Kitaorg tak pergi hospital terus, tapi kitaorg singgah makan nasi arab dekat Seri Kembangan sbb hubby teringin. Makan bukan main ni. Lepas tu singgah Jusco cari hadiah. Time tu, air keluar makin byk and kerap. Hubby keep on ckp kat aku sabar eh yang, nak pergi bayar kejap. Aku tak rasa apa-apa pun. Tapi semput tu ada la. Yerla dah makin berat perut ni. Dah setel semua, berangkatla pergi hospital. Terus pergi emergency. Cakap dgn nurse bla bla bla bla...nurse cek tekanan and amik data sikit-sikit. Lepas tu amik air kencing and nurse suruh baring nak cek babies punya jantung. Time tu mmg xder org pun kat emergency. Aku je la, mmg heaven la duduk sorg-sorg dlm tu.



Gambar di atas bukan gambar sebenar saja nak amik mood nak bercerita. Heee..tak lama selepas tu, doctor pun dtg la. Cek bwh aku tu..hadoiii sakit kot. Mmg aku tahan je la. Lepas tu doc cakap mybe air yang keluar tu najis babies. Dia cakap dh buka 1.5cm. Since najis dh keluar dia ckp kita pergi labour room terus yer. Aku hah??????? biar betui! Dh ready ke aku ni. Doc cakap dia nak pecahkan air ketuban aku. Fuhh...belambak gila keluar. Masa dia jolok tu aku redha je la. Sakit tu mmg sakit. Dh siap semua aku pun terus duduk atas wheelchair and hubby pun dtg. Muka dia dh pucat sbb dia pun tak percaya this is the time. Nurse pun tolak wheelchair terus pergi ke labour room. Time tuh dh pukul 6ptg. Hubby register nama and nurse bg aku pil suruh aku berak. Automatic aku terberak. Tukar bj semua and jdlah aku penghuni labour room tu. 

Actually aku mmg tak rasa sakit. Yang sakit sgt bila staff-staff kat HUKM tu jolok mcm-mcm benda kat bwh aku ni ha. Paling perit bila diaorg tak dpt nak detect jantung anak aku sbb satu wayar kena masuk ikut bwh, satu lagi pasang dekat perut. Keluar masuk keluar masuk. Ganti pulak wayar baru. Hadoiiiiiiiiiiiiiii sakit la weh. Aku senyap je malas nak ckp apa-apa. Tapi dlm hati mmg nak marah korang semua. Auchhhhhhhhh... (T_T). Bila dah setel kena tgu lagi. Doc suggest aku amik epidural takut aku tak tahan sakit. Aku pun apa-apa je la doc. Buat la apa-apa pun janji saya bersalin sudeh. Dh masuk epidural kena tgu lagi. Nasib hubby dh ada time tu sbb sebelum tu hubby balik amik baju semua. Tu la sapa suruh tak bwk.

Doc ada cakap epidural ni tahan dlm 2jam camtu. Lepas 2jam sakit contraction mula la dtg. Kejap ada kejap tak ada. Sakit dia tuhan je la yang tahu. Aku cakap kat hubby, muka dh terkulat-kulat nak nangis. Hubby ckp jgn nangis buat biasa je. Bang oiii.........nak buat biasa mcm mana mmg dh sakit sgt tau. Aku pun malas nak mengadu lagi, layan la sakit sorg2. Hubby siap lap air mata and bagi aku minum nak kurangkan sakit. Nurse dtg cek bukaan and dia ckp br 5cm, ok tgu lagi yer. Hah? dh sakit kene tgu lg? Masa tuh dh pukul 3 mcm tu. Siap suh aku tido. Erkkk...Dlm masa sejam tu sakit dtg lg and kali ni sakittttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt sgt!!!!!!!!

Hubby terus panggil nurse and doc cek bukaan, ok dah 10cm, ready semua, patient dh ready nak deliver. Patut la sakit gila, dlm masa sejam buka 5cm terus. Mmg nak keluar sgt anak-anak mama ni. Then bermula lah saat aku nak meng'Push'. Doc suruh aku kangkang and dlm masa yang sama dia ajar aku cara pernafasan yang betui waktu deliver "sempat lg ok''. Actually aku agak menyesal jugak la tak attend antenatal class. Kalau tak, mmg tak guna lah vacuum untuk tarik kepala anak aku. Terus terang aku cakap, time ni sakit contraction dah hilang. Aku tak rasa apa-apa pun. Masa ni jugak kepala 1st twin belum betul-betul nak keluar. Doc bising cakap aku sedut bukan tolak. Muka masing-masing dah tension sbb kepala masuk balik. Hubby dah berkerut-kerut cakap kat aku jgn putus asa. Aku pun teran la seteran terannya. Time ni mmg sakit la. Doc dah keluarkan vacuum nak tarik kepala anak aku sbb jantung mula-mula cantik, tapi dah jadi unstable sbb lama sgt dlm perut. Bukan apa kesian dekat 2nd twin tgu giliran nak keluar. Aku pun pejam mata and teran sehabis teran. Alhamdullilah tanpa bantuan vacuum, my 1st twin selamat keluar pada jam 4:37pagi. Perghhhhhhhhh...igt dh boleh lega dah. Bila tgk diaorg tarik and letak atas perut rasa mcm tak percaya aku dah ada anak. Ok,ok..belum boleh bergembira lagi. Saat paling mencemaskan nak keluarkan 2nd twin. Jantung dia dah tak cantik dah. Dalam labour room tu semua bg semangat kat aku and cakap ''Kesiankan anak dalam perut ni". Aku tgk hubby and dia terus cakap aku boleh. Ya Allah tuhan je yang tau, betapa kudrat aku nak keluarkan 2nd twin ni dah HABIS! Aku boleh dgr diaorg berbisik ckp suruh prepare Operation Room. Takkan nak kena C-sect pulak. Bertukar-tukar tgn doc dalam labour room tu. Semua muka mcm frust tgk aku dh lemah. At last diaorg guna jugak vacuum and sedut anak aku. Dalam masa yang sama aku gunakan jugak tenaga yang masih ada untuk keluarkan anak aku. Finally, pada jam 5:07pagi lahirkan 2nd twin aku. 30minit jarak. Hah? Lamanya. Aku jadi cuak bila tgk muka dia biru and dia tak nangis langsung. Diaorg terus cuci anak aku and time cuci tu aku dgr anak aku ek ek ek'. Aku tanya doc anak aku ok ke tak. Dia just cakap Insya Allah. Aku jadi berdebar plak dgr dia cakap mcm tu. Hubby time ni kena keluar sbb doc nak jahit luka aku. Byk jugak la diaorg gunting.

Bila dah siap jahit, hubby masuk and hubby cakap "Yang, comelnya anak kita". Aku rasa nak menangis and tak sabar nak jumpa diorg. Hubby dh azankan 1st twin and 2nd twin pulak tak sempat sbb diaorg dah bwk pergi ICU. Dalam fikiran aku rasa mcm trauma and tak nak igt lg saat-saat yang dah lepas tadi. Nurse bwk masuk 1st twin aku beberapa minit lepas tu and dia suruh aku BF kan. Hubby time ni pergi ICU nak azankan my 2nd twin. Rasa lemah sgt-sgt and blur how to BF my son. Sempat jugak la aku jamah roti and minum milo. 

Hahahha..alhamdullilah semuanya selamat, my 2nd twin pun doc cakap byk bg perkembangan yang positif sbb diaorg kena monitor betul-betul takut sbb vacuum effect otak dia. Syukur, dia ok.

Now, let me introduce my 1st twin

Muhammad Haider Aqeel Bin Hairuzam
(2.36kg)

And my 2nd twin

Muhammad Haider Aqeem Bin Hairuzam
 (2.40kg)

Time ni dia dalam ICU. Pity him..sob sob sob
Maafkan mama nak... (T_T)

Mengejutkan jugak aku sbb boleh tahan jugak berat anak-anak aku. Patutla aku dh tak larat nak bwk perut masa last pregnancy. Besarkan kuasa tuhan. Im so proud being a mother for my sons. Bukan senang nak jaga kembar ni. Semangat and sokongan sgt-sgt aku perlukan masa confinement period esp from my husband. Actually my confinement journey paling aku TAK SOKA!!!! Asyik menghitung hari nak habis pantang. Syukur semuanya dh lepas. Nak aku ceritakan ke pengalaman masa dalam pantang. Huh, tak nak igt dah. So tak kan ada entry pasal tu.heeee

Now, me and husband busy besarkan anak-anak yang semakin mcm-mcm perangai. You guys boleh tgk latest piccas diaorg kat atas. Dah besarkan?? 
=)))))))))))))))))))))))))))

MAMA AND AYAH LOVE YOU GUYS SO MUCH
JADILAH ANAK-ANAK YANG SOLEH YANG TAAT PADA ALLAH DAN PADA MAMA AYAH

CEPAT-CEPAT BESAR OKE!
MUAHHHHHHHHHHH




Friday, December 23, 2011

Buah Hati Saya


Now, my twins dah nak masuk 3 bulan. Sudah 76 hari melihat dunia yang indah ini.Mcm-mcm perangai dah keluar. Hai, penat melayan, kadang-kadang tension sbb dua-dua ni kuat meragam, tapi hati suka and puas bila tgk diaorg dah makin membesar.
 
Sayanggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg sgt kat Aqeel and Aqeem mama ni.
Jom layan picas my lil twins yang nakal sgt ni.

 Muhammad Haider Aqeem

 Muhammad Haider Aqeel





 Aummmm....rasa nak gigit2 anak-anak mama punya pipi


Friday, November 25, 2011

Alhamdullilah


Alhamdullilah
Telah selamat melahirkan anak kembar lelaki pada 9/10/11

My 1st twin (right)
Muhammad Haider Aqeel pada jam 4:37 pagi

My 2nd twin (left)
Muhammad Haider Aqeem pada jam 5:07 pagi

Insya Allah aku akan ceritakan mcm mana pengalaman bersalin aku.
Fuhhhhhhhhhhhhhhh scary kot. Next time la eh sbb sekarang tgh bz melayan babies yang meragam.

Tguuuu ok =)))

Thursday, October 6, 2011

Saya Sudah Tidak Sabar!!


Hi all =))
Lamanya rasa tak update blog. Hari ini genap 36 minggu maknanya tinggal lagi 4 minggu. How time flies. Cepat je rasakan. Aku tak sangka pulak boleh bertahan sampai minggu ke 36, igtkan akan bersalin terlalu awal. Tapi tanda-tanda nak bersalin memang sudah ada masa 33 minggu lagi which is aku bleeding yang mcm keluar lendir plus darah tu. Cuak jugak sbb tak ready lagi kot. Babies pun berat still tak cukup. Nanti kena duduk incubator. Kesian my babies. Tak sampai hati kalau fikirkan condition diaorg if berat tak cukup.

Now dah boleh menarik nafas lega sbb my babies bukan lagi kategori premature babies. Semalam check up doktor cakap, dh lebey 2kg. Alhamdullilah....patutla rasa berat semacam. Sekarang pun memang dah tak larat nak berjalan. Kalau duduk lama then bangun balik, seksa je rasa. Tuhan je yang tahu. Tapi aku tak kisah, sbb aku rasa bangga mampu carry 2 org sekaligus....thanks Allah. Baru la kita rasa betul-betul pengorbanan seorg ibu tu mcm mana kan?? (T_T)

Minggu ni aku dah nak masuk 37 minggu, so salah la tekaan doktor cakap aku akan bersalin seawal 7 bulan. Masa aku pergi check up ada doktor yang cakap sbb aku tinggi so space utk anak-anak aku byk, sbb itu la boleh sampai cukup bulan. Mcm itu eh? Heee.....tak kisah la janji semuanya selamat.

Adakah minggu depan aku akan melahirkan?

Wallah hu alam...


Ya Allah..permudahkan la segala-galanya....berikanlah kesihatan yang baik pada anak-anak aku dan jugak aku. Amin.....



Wednesday, August 24, 2011

Entering 3rd Trimester

This week aku dh masuk 31 minggu bermakna dh masuk 3rd trimester. Macam-macam rasa. Takut and tak sabar pun ada jugak. Sekarang ni pun, jalan dah slow. Kalau laju sikit, perut aku jadi sakit dan kadang-kadang mengeras mcm contractions tu. Tapi doktor cakap kalau tak sakit yang tu lebih kepada false alarm. Otot-otot perut tengah training untuk pain contractions bila nak deliver nanti.Cuaksss...

Haritu aku kena cucuk kancing gigi dengan ubat untuk matangkan paru-paru baby. Since aku twins, doktor takut deliver awal so apa lagi, kena inject la. Be prepared. Masa check up aku ada tanyer doktor aku boleh deliver normal atau tak sbb kepala babies dua-dua kat bawah. Doktor cakap boleh, tapi semua tu bergantung kalau kepala babies dah masuk dalam tulang pinggul, insya Allah aku boleh try pushing. 


My 1st Twin
 
My 2nd twin


Masa check up, doktor cakap semuanya ok. Alhamdullilah. Masa ni, hubby pun ada sekali. Selalu aku pergi check up sorg-sorg sbb hubby tak dapat cuti. Kalau hubby ada sekali, senang sikit aku tak payah drive dan terhegeh-hegeh cari parking. Sekarang pun aku cepat penat. Perut dah berat. Nak pergi sorg-sorg mmg tak larat sebenarnya. Next check up aku kat HUKM hubby tak dapat nak temankan. Bayangkan lah parking kat HUKM tu sgt TERUK!!!!. Boleh pengsan cari parking aje. (T-T) Tawakal je la..ummmm...
Alhamdullilah, bulan Ramadhan ni, aku tak puasa sehari je. Heee..itu pun sebab sahur aku punya lauk yang aku beli kat bazar tak sedap. So, nafsu makan pun menurun, aku makan sikt. Esok pagi-pagi perut aku meragam, terus pergi pantry buat Milo. Arghhhhhhh lega dapat minum air panas.

Apa yang penting untuk tambah tenaga masa puasa adalah Vitamin, banyak sgt ubat yang aku dapat dari hospital. Masa sahur lepas makan, WAJIB makan vitamin. Kalau tak kesian anak-anak aku. Dah la kena ikut mama dia puasa. So Vitamin sgt penting okay =))) Mak aku pesan tak payah puasa kalau tak larat. So far, aku masih bertenaga dan kalau sakit atau pedih perut pun, hujung-hujung masa nak buka tu je.

 

Tgk! Banyak tak ubat aku. Loya jugak la nak telan sebiji-sebijik yang besar gabak ubat-ubat dia.

Raya ni, aku tak beli lagi baju raya. Sabtu ni baru nak pulun carik baju raya dgn hubby. Tahun ni aku raya Taiping. Raya ke-2 baru balik Melaka. Nak balik Taiping mesti jammed!! Hadoiiiiiiiiii...mcm mana nak hadap semua tu. 
Ok la, next time aku update lagi yer. Pasal raya pulak =))
See yah..



Thursday, August 18, 2011

Car For Sale




Anyone Interested??

Do PM me at 013-6839942


Price : RM 28 000 (Nego) Make: Perodua Model: Viva
Reg. year: 2009 Mileage: 25 000 - 29 999 Transmission: Auto
Engine Capacity: 1000cc
Accessories: Solar Film, CD Player, Alarm, Central lock

Perodua VIVA ez 1.0 auto for SALE

Do visit website at Mudah 







Wednesday, July 27, 2011

Promo! Promo!


Hi all
Just nak tolong buat promotion since muka aku dh terpilih sebagai model (hahahah..pasan).
So pada sesiapa yang bakal bertunang atau bakal mendirikan masjid cepat2 la grab peluang ni. My testimonial for this material of tudung is TERBAIK. Harga sgt berpatutan.
For those yang nak view blog from Koleksi Vispera ni just click ok =))
Memang puas hati!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails