Salam all
Dah berzaman kot tak update blog. Bila ada masa update tak ada idea pulak. Now, rasa mcm dah ready kot nak update blog dgn entry paling aku nak share dgn korang semua *kalau ada yang nak bc blog aku la*
Hari beranak ku- eh mcm tak sedap pulak tajuk entry ni. Ok, ok make it simple 'Tanggal 9.10.11. Tarikh keramat yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Cantik tak tarikh nI?. Hahaha..actually one of my colleague pun wife dia preggy (kembar jugak) and dia decide nak pilih tarikh ni since wife dia tak nak tgu lagi and nak bersalin by c-sect. Tapi aku pulak yang dpt. Aku tak bajet pun nak bersalin awal. Tanda-tanda mmg tak ada sgt pun. Tapi masa 7 bulan, aku ada turun darah, tapi sikit sgt. Doc just suruh prepare je apa-apa yang patut takut bersalin pre-mature. Tgu punya tgu, tak kunjung tiba. Sampaikan hubby terpaksa tolak nak pergi offshore sbb nak tgu aku bersalin. Hai, anak mama taknak keluar ke tgk dunia fana ni?
Aku time tu dah tak larat sgt nak bwk perut. Masa tu dh nak masuk 37minggu. MC pun dh tak ada, so aku decide nak apply leave and rehat je kat rumah. Selagi aku duduk dekat office selagi tu la kerja menimbun. Stess hokay! Jumaat 7hb tu aku apply seminggu cuti and if tak beranak lagi aku kena la apply lagi cuti. Punya la gembira dpt cuti and berehat dekat rumah. Mmg dalam kepala nak tidur je la time cuti.
Esoknya, family in laws buat makan-makan sempena birthday father in law aku. So hubby ajak la aku pergi cari hadiah dekat Jusco. Aku pun ok la. Lepas dah siap semua tu, aku pun cakap la kat hubby, ''Bang, rasa mcm ada keluar air la, tapi sikit-sikit and kerap". Actually aku dah tgk dh apa dia yang keluar tu, bukan mcm air ketuban yang jernih. Lgpun dalam internet cakap air ketuban keluar byk and warna jernih. So aku buat bangang je la. Selama ni mmg aku ada masalah keputihan, aku igt itu keputihan yang mcm biasa la kan. Hubby suruh call mak and tanya pendapat mcm mana. Mak aku suruh pergi hospital and cek sbb time dah hujung pregnancy ni mcm-mcm boleh jdkan. Aku pun ok tapi yang kelakarnya aku just bwk kad hospital, baju anak and aku langsung tak teringat nak bawak masuk kereta. Bajet tak kan bersalin lagi la sbb mmg langsung tak rasa sakit and tanda-tanda nak beranak pun tak ada. hummmmmmm
Kitaorg tak pergi hospital terus, tapi kitaorg singgah makan nasi arab dekat Seri Kembangan sbb hubby teringin. Makan bukan main ni. Lepas tu singgah Jusco cari hadiah. Time tu, air keluar makin byk and kerap. Hubby keep on ckp kat aku sabar eh yang, nak pergi bayar kejap. Aku tak rasa apa-apa pun. Tapi semput tu ada la. Yerla dah makin berat perut ni. Dah setel semua, berangkatla pergi hospital. Terus pergi emergency. Cakap dgn nurse bla bla bla bla...nurse cek tekanan and amik data sikit-sikit. Lepas tu amik air kencing and nurse suruh baring nak cek babies punya jantung. Time tu mmg xder org pun kat emergency. Aku je la, mmg heaven la duduk sorg-sorg dlm tu.
Gambar di atas bukan gambar sebenar saja nak amik mood nak bercerita. Heee..tak lama selepas tu, doctor pun dtg la. Cek bwh aku tu..hadoiii sakit kot. Mmg aku tahan je la. Lepas tu doc cakap mybe air yang keluar tu najis babies. Dia cakap dh buka 1.5cm. Since najis dh keluar dia ckp kita pergi labour room terus yer. Aku hah??????? biar betui! Dh ready ke aku ni. Doc cakap dia nak pecahkan air ketuban aku. Fuhh...belambak gila keluar. Masa dia jolok tu aku redha je la. Sakit tu mmg sakit. Dh siap semua aku pun terus duduk atas wheelchair and hubby pun dtg. Muka dia dh pucat sbb dia pun tak percaya this is the time. Nurse pun tolak wheelchair terus pergi ke labour room. Time tuh dh pukul 6ptg. Hubby register nama and nurse bg aku pil suruh aku berak. Automatic aku terberak. Tukar bj semua and jdlah aku penghuni labour room tu.
Actually aku mmg tak rasa sakit. Yang sakit sgt bila staff-staff kat HUKM tu jolok mcm-mcm benda kat bwh aku ni ha. Paling perit bila diaorg tak dpt nak detect jantung anak aku sbb satu wayar kena masuk ikut bwh, satu lagi pasang dekat perut. Keluar masuk keluar masuk. Ganti pulak wayar baru. Hadoiiiiiiiiiiiiiii sakit la weh. Aku senyap je malas nak ckp apa-apa. Tapi dlm hati mmg nak marah korang semua. Auchhhhhhhhh... (T_T). Bila dah setel kena tgu lagi. Doc suggest aku amik epidural takut aku tak tahan sakit. Aku pun apa-apa je la doc. Buat la apa-apa pun janji saya bersalin sudeh. Dh masuk epidural kena tgu lagi. Nasib hubby dh ada time tu sbb sebelum tu hubby balik amik baju semua. Tu la sapa suruh tak bwk.
Doc ada cakap epidural ni tahan dlm 2jam camtu. Lepas 2jam sakit contraction mula la dtg. Kejap ada kejap tak ada. Sakit dia tuhan je la yang tahu. Aku cakap kat hubby, muka dh terkulat-kulat nak nangis. Hubby ckp jgn nangis buat biasa je. Bang oiii.........nak buat biasa mcm mana mmg dh sakit sgt tau. Aku pun malas nak mengadu lagi, layan la sakit sorg2. Hubby siap lap air mata and bagi aku minum nak kurangkan sakit. Nurse dtg cek bukaan and dia ckp br 5cm, ok tgu lagi yer. Hah? dh sakit kene tgu lg? Masa tuh dh pukul 3 mcm tu. Siap suh aku tido. Erkkk...Dlm masa sejam tu sakit dtg lg and kali ni sakittttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt sgt!!!!!!!!
Hubby terus panggil nurse and doc cek bukaan, ok dah 10cm, ready semua, patient dh ready nak deliver. Patut la sakit gila, dlm masa sejam buka 5cm terus. Mmg nak keluar sgt anak-anak mama ni. Then bermula lah saat aku nak meng'Push'. Doc suruh aku kangkang and dlm masa yang sama dia ajar aku cara pernafasan yang betui waktu deliver "sempat lg ok''. Actually aku agak menyesal jugak la tak attend antenatal class. Kalau tak, mmg tak guna lah vacuum untuk tarik kepala anak aku. Terus terang aku cakap, time ni sakit contraction dah hilang. Aku tak rasa apa-apa pun. Masa ni jugak kepala 1st twin belum betul-betul nak keluar. Doc bising cakap aku sedut bukan tolak. Muka masing-masing dah tension sbb kepala masuk balik. Hubby dah berkerut-kerut cakap kat aku jgn putus asa. Aku pun teran la seteran terannya. Time ni mmg sakit la. Doc dah keluarkan vacuum nak tarik kepala anak aku sbb jantung mula-mula cantik, tapi dah jadi unstable sbb lama sgt dlm perut. Bukan apa kesian dekat 2nd twin tgu giliran nak keluar. Aku pun pejam mata and teran sehabis teran. Alhamdullilah tanpa bantuan vacuum, my 1st twin selamat keluar pada jam 4:37pagi. Perghhhhhhhhh...igt dh boleh lega dah. Bila tgk diaorg tarik and letak atas perut rasa mcm tak percaya aku dah ada anak. Ok,ok..belum boleh bergembira lagi. Saat paling mencemaskan nak keluarkan 2nd twin. Jantung dia dah tak cantik dah. Dalam labour room tu semua bg semangat kat aku and cakap ''Kesiankan anak dalam perut ni". Aku tgk hubby and dia terus cakap aku boleh. Ya Allah tuhan je yang tau, betapa kudrat aku nak keluarkan 2nd twin ni dah HABIS! Aku boleh dgr diaorg berbisik ckp suruh prepare Operation Room. Takkan nak kena C-sect pulak. Bertukar-tukar tgn doc dalam labour room tu. Semua muka mcm frust tgk aku dh lemah. At last diaorg guna jugak vacuum and sedut anak aku. Dalam masa yang sama aku gunakan jugak tenaga yang masih ada untuk keluarkan anak aku. Finally, pada jam 5:07pagi lahirkan 2nd twin aku. 30minit jarak. Hah? Lamanya. Aku jadi cuak bila tgk muka dia biru and dia tak nangis langsung. Diaorg terus cuci anak aku and time cuci tu aku dgr anak aku ek ek ek'. Aku tanya doc anak aku ok ke tak. Dia just cakap Insya Allah. Aku jadi berdebar plak dgr dia cakap mcm tu. Hubby time ni kena keluar sbb doc nak jahit luka aku. Byk jugak la diaorg gunting.
Bila dah siap jahit, hubby masuk and hubby cakap "Yang, comelnya anak kita". Aku rasa nak menangis and tak sabar nak jumpa diorg. Hubby dh azankan 1st twin and 2nd twin pulak tak sempat sbb diaorg dah bwk pergi ICU. Dalam fikiran aku rasa mcm trauma and tak nak igt lg saat-saat yang dah lepas tadi. Nurse bwk masuk 1st twin aku beberapa minit lepas tu and dia suruh aku BF kan. Hubby time ni pergi ICU nak azankan my 2nd twin. Rasa lemah sgt-sgt and blur how to BF my son. Sempat jugak la aku jamah roti and minum milo.
Hahahha..alhamdullilah semuanya selamat, my 2nd twin pun doc cakap byk bg perkembangan yang positif sbb diaorg kena monitor betul-betul takut sbb vacuum effect otak dia. Syukur, dia ok.
Now, let me introduce my 1st twin
Muhammad Haider Aqeel Bin Hairuzam
(2.36kg)
And my 2nd twin
Muhammad Haider Aqeem Bin Hairuzam
(2.40kg)
Time ni dia dalam ICU. Pity him..sob sob sob
Maafkan mama nak... (T_T)
Mengejutkan jugak aku sbb boleh tahan jugak berat anak-anak aku. Patutla aku dh tak larat nak bwk perut masa last pregnancy. Besarkan kuasa tuhan. Im so proud being a mother for my sons. Bukan senang nak jaga kembar ni. Semangat and sokongan sgt-sgt aku perlukan masa confinement period esp from my husband. Actually my confinement journey paling aku TAK SOKA!!!! Asyik menghitung hari nak habis pantang. Syukur semuanya dh lepas. Nak aku ceritakan ke pengalaman masa dalam pantang. Huh, tak nak igt dah. So tak kan ada entry pasal tu.heeee
Now, me and husband busy besarkan anak-anak yang semakin mcm-mcm perangai. You guys boleh tgk latest piccas diaorg kat atas. Dah besarkan??
=)))))))))))))))))))))))))))
MAMA AND AYAH LOVE YOU GUYS SO MUCH
JADILAH ANAK-ANAK YANG SOLEH YANG TAAT PADA ALLAH DAN PADA MAMA AYAH
CEPAT-CEPAT BESAR OKE!
MUAHHHHHHHHHHH



0 comments:
Post a Comment